Tuesday, June 2, 2009

~ JOM VOTE FOR MY SWEET PRINCESS AQILAH NAJLA ~

ENTRY STICKY MODE - ENTRY TERBARU DI BAWAH ENTRY INI YE...


"Vote For Me......"
Sama seperti di entry Mama Aqilah....
Jom ramai-ramai vote for my princess Aqilah Najla...
Taip : TSMC_vote_15 untuk Aqilah Najla di kolum komen ye...
Vote bermula dari 28 Mei - 2 Jun 09 jom kita vote...

Sunday, May 31, 2009

PENGALAMAN DI OPERATIOAN THEATRE.....HUHUHU..NGERI...

Terlebih dahulu...saya nak terima kasih pada Prof.Mr.Liew, Mr. Gee, Mr. Bad dan sister ngan staff nurse wad 14 kerana telah menjaga saya selama saya admit kat HKL, selama ni kita tak tahu di HKL ada banyak pakar pakar pembedahan thank untuk semua yg terlibat, walau saya buat operation kecil tapi mereka betul betul teliti, pengalaman masuk OT Room sebanyak 2 kali susah nak dilupakan, saya bersyukur selepas dibedah sebanyak 2 kali doktor mengatakan sakit yang saya alami sudahpun baik dan tidak perlu di bedah untuk kali ketiga, alhamdulillah... semasa di wad terlalu banyak pengalaman pahit manis..ibarat drama yg kita selalu lihat dan tonton itu bila org mengatakan ubat paling baik di dunia ialah happy gembira, wad yg saya diami wad bedah... so memang semua patient kat wad tu memang menunggu giliran je... tapi nak tgk wajah yg ceria sume slepas selesai pembedahan.

Saya masuk wad 3 kali pada bulan Mac 3 hari.. bulan April 2 hari last kali Mei 3hari kena bedah 2 kali, walau doktor kata kes saya ni ada yg sampai 6 kali tapi alhamdulillah selepas 2 kali dah sembuh.


Yang kelakar...waktu makan kat wad lain sikit, mkn pagi 8am mkn tgh hari 12 pm minum petang 2pm mkn malam 6pm kul 10 minum coklat makanan sume sedap tapi berat badan bolh kurang 5kg kalau makan ikut cara ni, saya cuba gak dekat rumah betul mujarab makan malam sebelum 7pm, macam sunah nabi makan malam waktu maghrib dan banyakan makan sayur ngan buah buahan, hari pertama kena makan banyak sikit malam kul 12 kena puasa sampai esok, hari kedua hari operation atas katil disediakan baju bedah pastu tunggu nama kena panggil, dari wad diorang sorong sampai bilik bedah, dalam bilik bedah tu sejuk betul nurse cakap memang taknak bagi kuman hidup katanye, tgk katil bedah dan alat alat bedah teringat crite ER kat astro, sy bius separuh badan injection tulang belakang spinal injection, kita boleh nampak apa diorang buat, selepas 2jam bedah sy dihantar kuar 'recovery selama 1jam lepastu hantar balik wad. hari ketiga tunggu doktor yg buat operation datang melawat nak sah kan baik ke belum boleh discharge ke tidak, sy dibenar kan balik malam tu tapi kena datang balik semula untuk second operation bulan depan, pada 29 april 3rd operation doktor sah kan saya dah sembuh cuma nak gi buat checkup pada 1 jun ne. Alhamdulillah tak terhingga...

Act... entry ni dah lama saya draft cuma lum berkesempatan nak di posting kan... itulah sedikit sebanyak pengalaman saya...selama berada di HKL.... masa ni baru kta rasa insaf kan diri... kerana ada orang lain mengidap penyakit yang serius..dan bermacam-macam... apapun...thanks a lot untuk staf HKL....

Monday, April 27, 2009

Princess Aqilah With Horse

ahad lepas 26/04/09 kami balik kg sepang pantai bagan lalang, org tua saya berniaga barang barang IKS kerepek maruku dan lukisan abg ipar,nanti kalau gi bagan lalang singgah la kat kedai org tua saya ye kerepek house pak samad, jam 5 petang kami gi pantai pantai main layang layang pastu singah jap kat tempat riding horse pak din, macam tak percaya aqilah yg belum masuk 2thn nak naik kuda emmm, saja sy suruh naik je nak ambil gambar pastu dia cool je kita suruh pak din pusing satu round sporting nye aqilah papa, habis penat menunggang kuda kita gi main layang layang pastu layan air laut cecah kaki je sbb tak bawak baju ngan towel...

Thursday, April 23, 2009

modification vehicle

kebanyakan org suka ubah suai kereta, tahu setiap pengubahsuaian kereta ada maksud yg tersirat,
1. untuk org yg agak kabur penglihatan, dia akan pasang lampu HID headlamp
2. untuk org yg suka pada fashion atau suka bersolek, dia akan pasang bumper lip atau side skirt.
3. untuk yg suka dance plak, dia akan rendahkan atau loweredkan kereta..
macam lagu limbo rock- HOW LOW U CAN GO....http://www.we7.com/track/Limbo-Rock--Do-The-Limbo-Rock?trackId=130469&m=0

Sunday, April 19, 2009

Keperluan Hidup

Keperluan hidup seharian, pernahkah kita fikirkan keperluan hidup seharian penting, contohnya susu baby, beras, gula, garam, tepung dll.

Kerajaan kita masih tercari cari formula mahu menambat hati rakyat, dari akar umbi atau macam-macam lagilah, aku rasa mereka yang duduk di atas yg katanya ingin menolong org bawah seperti kita 'rakyat' pada mereka terlalu susah sangat ke....

Setuju tak, salah satu cadangan untuk berada dekat di hati rakyat ialah brg keperluan hidup seperti susu baby, beras, dikaji, kalau barang seperti ini kita kaji volume dia tinggi dan tak pernah turun, contohnya susu baby kalau kita tak minum susu kita boleh beralah tapi anak kita macam mana, pernah saya terserempak dengan nyonya kat supermarket, dia sedang memergatu rak susu yang bersusun dengan susu bermacam jenis dan brand...dari bawah keatas dia memerhati...dan lama jugak saya perhatikan nonya tersebut, dan dengan ringan mulut...sengaja saya bertanya...kenapa terlalu lama memerhati? Anda tahu tak apa jawapannya....jawapannya.... saya tak cukup duit mahu beli ini susu....saya terpaksa pulangkan separuh barang yang saya dah ambil tadi, baru cukup beli susu baby, takde yg murah sume mahal......katanya....aduhai...terdetik di hati aku....kenapa masa Tun Mahathir dulu memerintah kita tak rasa beban macam sekarang, baik kaum cina india sume setuju cara Tun jaga negara kita, kalau kerajaan skrg ikut cara Tun nescaya rakyat sume tentu berterima kasih pada pemimpin. Kepada YAB Perdana Menteri baru kita ikutlah cara ayahanda Tun Abdul Razak dekat dihati rakyat...insyaallah....slogan...Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan...akan cukup berkesan bukan saja untuk rakyat....malah untuk negara....insyaallah....

Wednesday, April 15, 2009

NAIK MOTO

















Bila ada masa petang papa akan bawak aqilah naik moto pusing satu kg melayu,
asal nampak playground mesti kena singgah layan buai dulu, sebelah plak 'macam mana mama moto ne ok tak' tanya aqilah pada mama. masa tu kitorang pergi showroom nak cari moto tu aqilah tgh test drive... Nak tgk aqilah bawak moto sendiri, belum cukup 2thn aqilah dah boleh bawak moto sendiri, tak percaya, JOM TENGOK.....



professional riders shown on a closed course.

Monday, April 13, 2009

Favorite Iklan papa aqilah

Berasa bosan pada hujung minggu? tidak takut pada bunyi yang membingitkan ? anda ingin merasakan deruman engine F1, mari lah beramai-ramai ke litar sepang
untuk merasai nya...dan menyaksikan....

Sunday, April 12, 2009

Princess Aqilah the movie





Aqilah Najla is a princess built for the 20's, She may live in the millenium, and she may own a lovely mama Rozaini, and she may have a great papa Baron, and she's are have already pals with kakakbarbie, meow, and she have have nice shoes, and she have own style when dance.







Cast: Aqilah Najla 'princess'
Rozaini 'mama'
Baron 'papa'
meow 'korros'




papa qilah profile




berada dlm line automotive since lepas sekolah lagi, sport paling favorite bab racing cam F1, Rally dll, yang lain plak soccer tiap mlm minggu kitorang main futsal, sape yg minat tentang engine meh boleh kongsi.



bab outdoor ex ahli expedition club cam masuk hutan dah lama tinggal kan lepas kahwin tapi bila tgk air terjun rasa nak pegi je, yg paling last pegi air terjun Berkelah kat maran pahang, sape klu pernah gi memang best gila tempat tu.




Friday, April 10, 2009

Cerita papa ngan aqilah episod 1


tengah posing macam ambil award 'champion result main layang-layang gp sepang Aqilah Najla'



ni plak tengah lunch kat deli. france' bonjour.

mmm qilah tengah mengamok


afternoon... Ni gambar untuk cover majalah dewi sipari pari -Aqilah Najla dari 'next top modeling' malaysia.


gambar tengah dinner dalam train victoria baru berlepas dari station yg gegar tu bukan salah org yg ambil gambar ye, standard la train 'gegar'

tuuu KLCC fuyoo tingginya.......gayat-gayat, akhirnya sampai kat kuala lumpur apalagi lepak kat klcc la. malam pun dah nak sampai ke larut jom balik.
to be continue....

hobi papaqilah







ade sape sape minat pasal keta bolehla kongsi ngan saya, contohnya f1 minat betul, bab convert tu kurang cuma kalau nak tanye sikit tu boleh gak sy bukan pandai sgt cuma nak kongsi sambil belajar, ade yg sy paham ade yang tidak,

Wednesday, February 25, 2009

Testing...

testing..testing..